Minda NC memaparkan maklumat dan ringkasan koleksi buku atau bahan-bahan yang dibaca oleh Naib Canselor UiTM. Penerbitan Minda NC ini dibuat sekali sebulan ataupun setiap kali judul-judul buku dicadangkan sendiri oleh Naib Canselor atau diutarakan pada mesyuarat-mesyuarat utama UiTM. Sebaran penerbitan ini adalah melalui e-mel rasmi UiTM. Penerbitan ini diharapkan dapat berkongsi maklumat hasil pembacaan Naib Canselor UiTM dan seterusnya memupuk budaya membaca warga univerisiti.

Minda NC bilangan 4, November 2019 memetik sebuah buku yang telah inspirasikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM sempena pelancaran Buku Syahadan: Menyingkap Lima Nilai-Nilai Murni Untuk Sukses di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah diadakan pada 23 September 2019. Bersama-sama ini disertakan Minda NC Bil. 4, November 2019.




Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

Post a Comment

Terbaru Lebih lama