Kunjungan Hormat ke Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM  Shah Alam

Satu kunjungan hormat ke Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam telah dilaksanakan pada 17 Januari 2020. Kunjungan hormat ini dilaksanakan dengan objektif untuk mengeratkan hubungan antara PTAR dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta mendapatkan maklumbalas fakulti bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Kedatangan PTAR telah disambut mesra oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, (Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu), En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim (Timbalan Pendaftar) dan  En. Mohd Hafidz Ab. Satar. 

En. Jamalludin Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, yang mengetuai kunjungan hormat ini telah memberi taklimat dan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan PTAR serta dibantu oleh Puan Nor Azwani Mohamad (Pustakawan Kanan), Tn Hj Faizar Jaafar (Pustakawan Kanan) dan En Mohd Hazrul Mohd Hussin (Pustakawan Kanan). Turut hadir bersama adalah En Mohd Ismail Abidin (Timbalan Ketua Pustakawan), Pn. Adlina Abdullah (Pustakawan Kanan), En Silsoh Khairol (Pembantu Pustakawan), Cik Noorbaizura Mazlan (Pembantu Pustakawan).

Banyak maklumbalas positif yang telah diterima dari pihak Kursi Institusi Raja-Raja Melayu , antaranya, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, meminta mempelbagaikan bentuk kerjasama, dari segi bicara ilmu dan wacana intelektual, menambahkan koleksi Melayu, Raja-Raja Melayu dan menyebarluaskan perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih giat lagi.







Like and follow us:

1 Ulasan

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama