Bicara Industri Bersama Bank Islam Malaysia Berhad: Mencetuskan Juara Dalam Diri

 14 Ogos 2020 Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad telah mengadakan program ilmiah secara langsung bertajuk ‘Mencetuskan Juara Dalam Diri’. Program ini telah dikendalikan oleh Dr Norzitah Abdul Karim, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM selaku moderator dan panel jemputan, Tuan Amin Idris, Penceramah Bebas. Antara perkara menarik yang dikongsi ialah konsep ujian dan hikmah yang perlu dikenalpasti, begitu juga maksud kekayaan dan kejayaan yang sebenar. Selain itu, panel jemputan juga turut berkongsi nasihat khusus kepada graduan-graduan dalam mencari pekerjaan.  

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah daripada Bank Islam untuk para penonton yang bertuah. Seramai 5 orang penonton bertuah telah terpilih sebagai pemenang iaitu Norlina Romli, Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad, Shukinah binti Ahmad, Khairatul Azween bt Khairuddin dan Abdul Aziz Lai bin Mohd Fikri Lai.

#uitmdihatiku #kitaUiTM #ekspresiuitm

#LiveatPTAR












Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama