26 Ogos 2020 Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, PTAR. Seramai 7 orang pegawai Perpustakaan USIM diketuai oleh Puan Nor Azzah Momin selaku Ketua Pustakawan telah menghadiri lawatan kerja ini dan diraikan oleh Ketua Pustakawan PTAR, Ts. Noor Hidayat bin Adnan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah sebagai penandaarasan pengurusan pengetahuan (KM) serta perkongsian ilmu.  Ts. Hj. Azizi bin Jantan Ketua Jabatan Perpustakaan Digital (JPD), bersama Tn Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Ketua Unit Web dan Pembelajaran Digital telah membuat pembentangan dan penerangan mengenai pembangunan dan pengurusan KM Perpustakaan Tun Abdul Razak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga USIM khususnya barisan pengurusan Perpustakaan USIM.





Post a Comment

Terbaru Lebih lama