27 Ogos 2020 Shah Alam

Live@PTAR International: Peranan Pustakawan dalam memberi perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada pengguna: perkongsian antara PTAR dan Perpustakaan Akademik di Indonesia.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Peranan Pustakawan dalam memberi perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada pengguna : Perkongsian antara PTAR dan Perpustakaan Akademik di Indonesia”.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Rohayu, Pustakawan Kanan UiTM selaku moderator dan panel jemputan, Drs. Suroto, M.A., Ph.D. Ketua Perpustakaan, UPT. Perpustakaan Universitas Negeri Surabaya (Unesa), Puan  Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan, Universiti Teknologi MARA dan Puan Maria Ayu Puspita, Staf Perpustakaan  Universitas Negeri Semarang, Indonesia.

Antara perkara yang dikongsi adalah bentuk perkhidmatan sokongan penyelidikan yang ditawarkan di perpustakaan, begitu juga perbezaan penawaran perkhidmatan dalam norma baharu.  Selain itu, maklum balas dan cadangan daripada pengguna juga turut diketengahkan dalam sesi perkongsian ilmu ini.



Like and follow us:






Post a Comment

Terbaru Lebih lama