25 Ogos 2020 Shah Alam

Sekitar Program Live@PTAR Bicara Tokoh: Masihkah Kau Ingat?

Sempena Hari Ulangtahun Penubuhan UiTM dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Bicara Tokoh: Masihkah Kau Ingat?” oleh YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, Ahli Dewan Negara. 

Program ini telah dikendalikan oleh YBhg. Professor Datuk Dr.Mizan bin Hitam, Penolong Naib Canselor ILD UiTM, selaku moderator program Live@PTAR.

Perkongsian topik pada sesi bual bicara kali ini berkisarkan pengalaman YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah sepanjang bergelar pelajar dan pemimpin pelajar di era RIDA dan ITM, pelantikan ke jawatan-jawatan penting sewaktu usia muda semasa di ITM dan seterusnya menjadi Naib Canselor UiTM dari tahun 2000 hingga 2009.  Perjuangan beliau dalam membela nasib anak-anak bangsa amatlah besar sehingga mampu membawa nama UiTM di persada dunia. Beliau berkata, warga UiTM perlu bergerak seiring, saling membantu dan bekerjasama agar pencapaian dan kejayaan dapat dikekalkan. 

Turut berlangsung, Pameran Pengkisahan Sejarah UiTM yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi berkongsi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku bermula di era RIDA sehinggalah penubuhan UiTM lebih-lebih lagi yang melibatkan YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah. 

Turut hadir, Naib Canselor UiTM Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Ketua Pustakawan UiTM, Ts Noor Hidayat Adnan, Barisan Pengurusan Kanan UiTM serta warga UiTM.
















Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama