Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) pada 14 dan 15 September 2020. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada barisan Pengurusan dan Profesional telah menyertai bengkel ini, yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nik Rosli Abdullah selaku penceramah jemputan. 

Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan dokumentasi Perpustakaan UiTM serta meminda Sistem Pengurusan Kualiti UiTM ke arah pemantapan hala tuju Perpustakaan UiTM bagi Misi, Dasar, Objektif Perpustakaan, Objektif Kualiti dan Model Proses Utama SPK ISO 9001: 2015. 

Adalah diharapkan dengan penganjuran bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada semua peserta yang terlibat, secara tidak langsung meningkatkan kualiti pendokumentasian Perpustakaan UiTM.






Like and follow us:


Post a Comment

Terbaru Lebih lama