LIAISON OFFICER DAY SIRI 2|22 September 2020 |Shah Alam


Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Liaison Officer Day Siri 2 pada 22 September 2020  bertempat di Dewan al Ghazali, Aras 2, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UiTM.

Program ini telah dihadiri oleh Liaison Officer yang dilantik di peringkat fakulti bagi melancarkan proses penyampaian maklumat perpustakaan. Antara intipati program adalah memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab Liaison Officer yang disampaikan oleh Puan Adlina Binti Abdullah, Pustakawan Kanan, penerangan mengenai Personalised Services oleh En Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan serta perkongsian mengenai fungsi Jabatan Arkib Universiti UiTM oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman Pustakawan Kanan.  

Di samping itu,  perkhidmatan sokongan penyelidikan juga menjadi salah satu intipati penting yang turut disampaikan oleh En Mohd Hazrul Mohd Hussin, Pustakawan Kanan, dan penerangan berkaitan perkhidmatan digital perpustakaan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan.

Terdapat beberapa cadangan dan maklumbalas yang diterima antaranya cadangan penghantaran artikel yang disediakan oleh pelajar ke Jurnal PTAR, penggunaan kad pelajar secara maya, penggunaan Whats sender, promosi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan kepada staf pentadbiran serta perkara berkaitan perkhidmatan Updates@PTAR. 

Turut berlangsung pameran Book2U, sesi penerangan Augmented Reality, pameran Arkib Universiti serta kempen Derma Koleksi. Semoga penganjuran program ini dapat memberi manfaat kepada peserta sekali gus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan di peringkat fakulti.





 Sila klik  di pautan untuk dapatkan gambar   Liaison Officer Day 2020:

https://drive.google.com/drive/folders/1TUMUBaZh8HYoWfBk-mkqGlBggTHPkXTH?usp=sharing

Post a Comment

Terbaru Lebih lama