27 Oktober 2020 |Shah Alam

Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung Live@PTAR: EXPERT TALK on Library and Information Science, Research and Continuing Professional Development : Role of Library and Information Practitioners.

Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Hajah Zalifah Binti Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM selaku moderator dan panel jemputan, Profesor Ts.  Dr. Sohaimi Zakaria, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dan Dr. Diljit Singh, Mantan Profesor Madya, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Antara perkara yang dibincangkan oleh panel jemputan, Profesor Ts.  Dr. Sohaimi Zakaria ialah peranan perpustakaan dalam kehidupan masyarakat dengan menyediakan dan menyampaikan maklumat terkini, begitu juga tugas Pustakawan dalam menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran.  Beliau juga turut berbesar hati berkongsi pendapat mengenai kepentingan Pustakawan menjalankan program attachment di beberapa perpustakaan yang berbeza bagi membuka minda dan berkongsi budaya antara satu sama lain. Di samping itu, Pustakawan boleh menyertai kursus-kursus yang memberi fokus kepada sesuatu bidang untuk menambah ilmu pengetahuan.

Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Pustakawan dalam melibatkan diri dengan Continuing Professional Development (CPD) seperti yang dikongsi oleh panel jemputan, Dr. Diljit Singh. Antaranya ialah self-directed learning, di mana Pustakawan boleh menggunakan sendiri bahan-bahan atas talian seperti online database. Pustakawan juga boleh melibatkan diri dengan program tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan maklumat terkini dan isu semasa. Beliau juga berpendapat bahawa CPD perlu digalakkan sebelum diwajibkan kerana terdapat beberapa cabaran yang perlu diperhalusi oleh pelbagai pihak.

Kesimpulannya, kewujudan pelbagai maklumat di pelbagai media massa pada masa kini sedikit sebanyak menyumbang kepada berita-berita yang tidak tepat. Secara tidak langsung, ianya menjadi cabaran kepada perpustakaan sebagai pusat penyediaan sumber maklumat yang sahih dan dipercayai oleh masyarakat.

Program ini telah mendapat tontonan sebanyak 3,163 di sosial media rasmi UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Siaran ulangan :

Youtube UiTM Official Channels: https://www.youtube.com/watch?v=7h1sqzxety0

Library Official Facebook : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159198772702625/


Like and follow us:


Post a Comment

Terbaru Lebih lama