Library and Information Professional Seminar “Innovative Information
Management: Towards a
Reading Nation” (LibPro 2020)
10
November 2020 |Shah Alam, Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah
menganjurkan Library and Information Professional Seminar “Innovative
Information Management: Towards a Reading Nation”, (LibPro 2020) disiarkan
secara langsung melalui Facebook LibPro – Library and Information Professional
Seminar. Seminar ini merangkumi sepuluh sub topik iaitu Sumber Manusia, Sumber
Maklumat, Literasi Maklumat, Negara Membaca, Perpustakaan dan Sains
Perpustakaan, Repositori Institusi dan Kandungan Tempatan, Arkib, Rekod dan
Muzium, Sains Maklumat, Masa Depan Perpustakaan dan Sains Maklumat dan Kumpulan
Minat Khusus.
Seminar
LibPro 2020 ini dimulakan dengan Ucapan Keynote oleh Puan Iris
Hsu, ies Research Consulting dengan topik “A.I. & Library: level up
research support”. Ia kemudiannya diikuti dengan sesi 1 & 2 untuk
pembentangan lisan dan sesi 3 untuk pembentangan poster. Pemenang Anugerah
Kertas Kerja Terbaik adalah Mawar Noor Binti Abdullah dengan tajuk “Success
Factor of Web Integrated Library System and Job Satisfaction in Academic
Libraries” manakala Anugerah Poster Terbaik adalah Nor Azan Ibrahim, Intan
Haryati Ibrahim, Wan Emilin Wan Mat Alli, Hasniza Amno, Suzana Abdul Rahman and
Mohd Syibri Afnan Mhd Fakhruddin dengan tajuk READ@USM.
Ts.
Noor Hidayat Bin Adnan, Ketua Pustakawan PTAR dalam ucapan perasmian penutup
berkata, “Saya percaya, penganjuran seminar LIBPRO 2020 ini menjadi satu medan
atau landasan kepada para peserta di mana perspektif baharu dalam dunia
kepustakawanan dapat dibincang dan dikongsi bersama. Gabungan atau kolaborasi
para pembentang kertas kerja dan peserta dari pelbagai institusi dan organisasi
pasti akan menjana hasil yang boleh dimanfaatkan bersama.”
Terdapat
12 kertas kerja terlibat yang terdiri daripada 8 pembentangan secara lisan dan 4
pembentangan poster terlibat dalam seminar. Terima kasih dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran
LibPro 2020 ini. Seminar ini telah disertai oleh 332 peserta dan mendapat 681
tontonan.
Berikut merupakan 12 kertas kerja terlibat (8 pembentangan secara lisan dan 4 pembentangan poster):
1) Institutional
Repository Access Policy In Public University Libraries In Central Java,
Indonesia by Eko Handoyo ; Atin Istiarni ; Burhanudin
2) From
Damansara To Gombak: Experience Of Dar Al-Hikmah Library Moving A Law Library
By Irni Izwah Abu Bakar
3) Bibliometric Review Of Malaysian Journal Of Library And Information Science 1996-2019 By Muslim Ismail@Ahmad ; Roslina Othman ; Mohd Nasir Ismail
4) State-Of-The-Art
Bibliometric Review Of Library Research 2015-2020 In Scopus Database By Muslim
Ismail@Ahmad ; Rahmawati Alias ; Rosmaryati Ab Rahman@Abdul Rahman ; Alina
Hussin@Hussein
5) Success
Factor Of Web Integrated Library System And Job Satisfaction In Academic
Libraries By Mawar Noor Binti Abdullah
6) Evaluation
Of Utilization Of Digital Library Applications Universitas Muhammadiyah
Sumatera Utara By Muhammad Arifin ; Isva Affannura Khairi
7) Customer
Driven Approach In An Learning Organization: A Case Of Information Agency By
Shahidatul Akhmam Rambeli ; Alwi Mohd Yunus
8) IFLA
WLIC 2018 Volunteers: Sharing Experience From Social Media Assistant Team By
Nurul Diana Jasni ; Mohd Ikhwan Ismail ; Amirul Firdaus Zilah ; Mohd Faizal
Hamzah
9) Declining
Number Of Books Borrowing At An Academic Library In Johor By Nur Azleen Binti
Hasan ; Mawar Noor Binti Abdullah ; Noor Hasanah Binti Mohd Hanafi
10)READ@USM:
#readuniusm #jombacausm #usmmembaca #malaysiamembaca #dekadmembaca by Nor Azan
Ibrahim ; Intan Haryati Ibrahim ; Wan Emilin Wan Mat Alli ; Hasniza Amno ;
Suzana Abdul Rahman ; Mohd Syibri Afnan Mhd Fakhruddin
11) Scavenger
Hunt: Latihan Kemahiran Literasi Maklumat Di Kalangan Pelajar Interim UiTM
Johor Kampus Segamat by TS Dr Syamsul Hendra Bin Mahmud ; Mawar Noor Binti
Abdullah ; Siti Rozana Binti Mat Sanat
12) IMU
Central Digital Repository (CDR) by Norzilamazni Saniman ; Hajjah Zuhanariah
Mohd Nordin
Untuk maklumat lanjut mengenai LibPro 2020, sila layari https://libpro.uitm.edu.my/ & klik di bahagian "publications" bagi melihat semula poster yang terlibat dalam sesi pembentangan ini.
Catat Ulasan