2 Disember 2020 |Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Cabaran Bakal Graduan Pasca Covid” di bawah segmen Bicara Pakar. Program ini telah dikendalikan oleh saudara Muhammad Nashrymie Nizar Bin Mohd Samsol Zawawi, pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Perindu, UiTM Shah Alam selaku moderator dan panel jemputan, YBhg. Dato Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah UiTM serta Mantan Presiden Majlis Belia Selangor. Antara objektif pelaksanaan program ini ialah membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan membaca, meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam aspek  pembudayaan ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.

YBhg. Dato Sri Dr. Irmohizam Ibrahim berbesar hati berkongsi pandangan mengenai cabaran kebolehpasaran graduan pasca Covid-19. Bakal graduan perlu bersaing bagi mendapatkan peluang pekerjaan di samping berusaha mengadaptasi situasi semasa serta mengenalpasti kemahiran-kemahiran baharu yang diperlukan oleh pihak industri. Selain itu, beliau turut memberi cadangan kepada bakal graduan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pasca Covid-19 ini.  Semoga perkongsian program kali ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa atau bakal graduan.

Bagi menyokong program galakan membaca, beliau menyeru kepada warga UiTM khususnya, agar membudayakan budaya membaca kerana ianya adalah satu budaya yang sangat murni. Menurutnya, ilmu haruslah dicari sama ada membaca di media sosial, media digital atau bahan sedia ada kerana kitalah yang akan menentukan masa hadapan. Beliau juga menggalakkan supaya membaca perkara-perkara yang berilmiah untuk membangunkan minda, fizikal serta kedudukan dan kelestarian selaku warga UiTM.






Siaran ulangan program boleh dilihat di pautan:

YouTube UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=CNh23SvkhvM

Facebook Perpustakaan UiTM:

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159295565477625/


Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama