Live@PTAR Program Bicara Pakar Kesihatan “Penjagaan Kesihatan dan Penjagaan Diri : Beauty With Brain”

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Penjagaan Kesihatan dan Penjagaan Diri : Beauty With Brain” di bawah segmen Bicara Pakar Kesihatan. Program ini telah dikendalikan Puan Siti Rohayu Mohd Yusof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Shah Alam selaku moderator dan panel jemputan Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin Pakar Perubatan Hospital UiTM.

Panel jemputan Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin berbesar hati berkongsi pandangan dari sudut penjagaan kesihatan, begitu juga tip-tip untuk mengekalkan kesihatan terutamanya dalam Pandemik Covid 19 ini. Beliau berpendapat bahawa keseimbangan kecantikan dalaman dan luaran amat penting dalam kehidupan seseorang. Ianya boleh diperoleh dengan pengambilan makanan yang seimbang.  Selain itu, beliau turut memberi penjelasan mengenai penjagaan muka terutamanya ketika memakai pelitup muka. Kesimpulannya, kesihatan haruslah dijaga dari pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi dan sosial.  Sepanjang menghadapi Pandemik Covid 19 ini, kesihatan mental haruslah dipelihara dengan mendapatkan sistem sokongan yang baik.

Siaran ulangan program boleh dilihat di pautan:

YouTube UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=2PHtvVOc8do

Facebook Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159295551292625/

 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama