Live@PTAR Program Bicara Pakar: Perlembagaan Persekutuan Sejarah, Cabaran dan Masa Hadapan
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bertajuk “Perlembagaan Persekutuan Sejarah, Cabaran dan Masa Hadapan” di bawah segmen Bicara Tokoh. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Yunus Abu Samah, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, selaku moderator dan bersama dengan panel jemputan, Prof. Dr Shamrahayu Ab Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM. Pengisian program ini dimulakan dengan penerangan maksud perlembagaan oleh panel jemputan. Melalui konteks perundangan, perlembagaan adalah merupakan perundangan tertinggi yang perlu ditaati oleh segenap lapisan masyarakat dan juga lambang kemerdekaan sesebuah negara. Prof. Dr Shamrahayu turut mengulas mengenai pindaan perlembagaan dan sistem kehakiman sebagai cabaran kepada perlembagaan Malaysia. Rakyat Malaysia perlu memahami perlembagaan Malaysia dengan lebih mendalam kerana ia merupakan identiti negara dan merupakan sebuah nilai warisan. Semoga pengisian program pada kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga UiTM.
Siaran ulangan
boleh dilihat di YouTube Perpustakaan UiTM Channel :
https://www.youtube.com/watch?v=OyZ8V5bWg_M
Facebook Perpustakaan UiTM :
https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159330596697625/
Catat Ulasan