Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan program Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2021 yang disampaikan oleh Ketua Pustakawan, YBrs. Ts. Noor Hidayat Bin Adnan. Bertemakan "Perpustakaan Digital Pemangkin Kesarjanaan", program ini disiarkan secara langsung di laman Youtube Perpustakaan UiTM. Ketua Pustakawan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja atas usaha tanpa jemu sehingga pada tahun 2020, Perpustakaan UiTM secara puratanya telah mencapai 96.56 peratus bagi tiga petunjuk prestasi utama mengikut teras strategik UiTM iaitu Quality Education, Global Excellence dan Value Driven Performance.

Melangkah ke tahun 2021, warga Perpustakaan UiTM diseru untuk bergerak kehadapan berpandukan enam fokus utama PTAR yang telah dibuat pemetaan bersama fokus strategik Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM. Enam fokus strategik tersebut ialah memperkasa agenda pendigitalan Perpustakaan UiTM, memperkukuhkan sinergi Perpustakaan UiTM, memperkasakan peranan Perpustakaan UiTM, memacu kesejahteraan komuniti, kelestarian kewangan dan menyemarakkan semangat #PTARPrihatin. Kesemua enam fokus strategik yang menjadi keutamaan perpustakaan pada tahun 2021 ini adalah selari dengan visi jangka panjang perpustakaan seperti yang terangkum dalam Pelan Strategik PTAR 2020-2025. Ketua Pustakawan, YBrs. Ts. Noor Hidayat Bin Adnan amat berharap agar Pelan Strategik Perpustakaan UiTM 2020-2025 dapat dijayakan bersama-sama oleh semua warga perpustakaan di seluruh sistem UiTM.

Bagi mencapai hasrat Pelan Strategik PTAR dan UiTM untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka di dunia menjelang tahun 2025, prinsip F.A.S.T.E.R iaitu flat, agile, streamlined, techenabled, efficient dan resilient yang telah dikongsikan oleh Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki Ali jelas menuntut penjawat awam agar bersikap agile dalam pelaksanaan kerja, fleksibel dan responsif dalam pelaksanaan sistem dan proses kerja serta tidak melengahkan kerja dengan pelbagai alasan. Justeru, apa yang telah diperkatakan oleh beliau telahpun diterapkan dalam pengurusan perpustakaan melalui prinsip nilai A.K.C.A iaitu Accountability, Knowledgable, Commitment dan Agile. Oleh demikian, prinsip A.K.C.A yang telah dibina bersama hendaklah dijadikan sebagai teras utama dalam pelaksanaan setiap tindakan dan keputusan. Prinsip nilai ini merupakan asas kepada penghasilan produktiviti, usaha penambahbaikan yang berterusan seterusnya menyumbang kepada kelestarian kehidupan.

Program ini telah mendapat sejumlah 1365 tontonan dan siaran ulangan program boleh dilihat di pautan:

Youtube Perpustakaan UiTM :  

https://www.youtube.com/watch?v=FjIgGynMbP0


FB Perpustakaan UiTM :


https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159432700777625/

 

Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama