Satu kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, UiTM telah dilaksanakan pada 26 Januari 2021 bertempat di Pejabat TNCHEA. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan. Kedatangan wakil PTAR telah disambut mesra oleh Prof. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang mengetuai kunjungan hormat ini telah memberi taklimat dan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan PTAR dibantu oleh En. Mohd lsmail Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan dan En. Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan.  Pameran Book2u turut diadakan dan sebanyak 19 buah buku telah dipinjam oleh Prof. Dr Hajah Roziah.   






Post a Comment

Terbaru Lebih lama