Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bertajuk “Cyber Security Malaysia CyberSAFE Awareness Talk: "Excuse Me, Your Privacy is Showing" di bawah segmen Bicara Tokoh. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, selaku pengacara majlis bersama dengan panel jemputan, Encik Edwan Aidid, Certified Information Security Awareness Manager (CISAM), Cyber Security Malaysia. Cyber Security Malaysia merupakan satu agensi di bawah Kementarian Komunikasi dan Multimedia yang berpengalaman dalam bidang keselamatan cyber di Malaysia.  Panel jemputan menekankan empat prinsip keselamatan cyber yang perlu diambil perhatian oleh pengguna iaitu awareness, discipline, attitude dan best practices. Menurut beliau, terdapat tiga platform utama yang banyak digunakan iaitu Whats App, Facebook dan Instagram. Selain itu, Encik Edwan Aidid turut berkongsi taktik-taktik yang telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil data peribadi pengguna tanpa disedari seperti fraud, scams dan caller spoofing. Oleh yang demikian, beliau menasihati pengguna agar berhati-hati dalam membuat transaksi secara atas talian dan boleh membuat semakan nombor akaun atau nombor telefon di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia. Beliau menyeru agar pengguna menjadi ‘pemimpin internet’ dengan mengamalkan T.I.P iaitu Thinker, Inspire dan Proactive. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya warga UiTM.


Siaran ulangan program boleh dilihat di pautan:

 

Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=b5OHevVSUj8


FB Perpustakaan UiTM :

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159443454012625/



Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama