Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Jabatan Komunikasi, UiTM Shah Alam bakal menganjurkan Program Bicarawara Transformasi Siri 12 yang akan menampilkan panel khas iaitu YBhg. Prof. Chm. Dr. Hadariah Bahron, Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan). Tajuk yang akan dikupas oleh beliau adalah: AGENDA PENGANTARABANGSAAN & PENARAFAN UiTM KE ARAH "TOP 300 UNIVERSITY" MENJELANG 2025.


Sehubungan dengan itu, dengan rendah hati kami ingin menjemput Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk / Dato'. / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan menyaksikan menerusi LIVE streaming di YouTube "UiTM Channel" : 
https://www.youtube.com/watch?v=QkdHY88EX-4 (Tekan butang ‘set reminder’ pada pautan untuk menonton) atau melalui FB Live Bahagian Transformasi Universiti (https://www.facebook.com/102661628218999/posts/215390500279444/) pada:

 

Tarikh : 18 Februari 2021

Hari     : Khamis

Masa   : 10.00 am

 

Link untuk pendaftaran Jam latihan akan dibuka  kepada staf UiTM yang berminat semasa siaran ke udara dan akan ditutup setengah jam kemudian. 

 



Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama