Satu kunjungan hormat ke Pejabat Kursi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam telah dilaksanakan pada 3 Februari 2021. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai Program Library Outreach@PTAR yang menekankan tentang pemasaran perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan. Kunjungan ini juga bagi membincangkan mengenai program Bicara Bersiri bersama Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu,  Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Abdul Aziz. Kedatangan wakil PTAR telah disambut mesra oleh Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi, En. Wan Ahmad Rahiman Wan Ab. Rahim, Timbalan Pendaftar En. Azhar Abd Rahman, Pegawai Eksekutif  dan Cik Yan Ramdayani Ismail, Kerani.

En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan yang mengetuai kunjungan hormat ini telah memberi taklimat dan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan PTAR dibantu oleh Pn. Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan dan En. Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan.  Pameran Book2u turut diadakan dan semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada warga Pejabat Kursi Raja-Raja Melayu.






Post a Comment

Terbaru Lebih lama