Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) telah menerima lawatan kerja penandaarasan daripada Perpustakaan
Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) secara atas talian menggunakan platform Zoom
Meeting. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Ibu Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si serta
beberapa pegawai perpustakaan dan diraikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Jantan selaku Ketua Jabatan
Perpustakaan Digital, Tn Hj Ahmad Faizar dan En. Ashraf Zamani. Tujuan lawatan
kerja penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai
pengurusan koleksi digital seperti yang telah diwujudkan oleh Perpustakaan Tun
Abdul Razak. Justeru, pihak PTAR amat berbesar hati berkongsi maklumat
mengenai pengurusan koleksi digital akses terbuka (open access) dan
laman web perpustakaan. Penekanan turut diberikan kepada tiga komponen
Perpustakaan Digital PTAR iaitu perkhidmatan digital (digital service),
koleksi digital (digital collection) dan proses digital (digital
proccess). Di samping itu, proses pengindeksan bahan akses terbuka seperti Directory
Open Access Journal (DOAJ), Directory Open Access Book (DOAB) dan lain-lain
repositori institusi turut dikongsi bersama. Semoga perkongsian ini dapat
memberi manfaat kepada seluruh warga Perpustakaan Universitas
Pendidikan Indonesia (UPI).
http://perpustakaan.upi.edu/benchmarking-pengelolaan-koleksi-digital-open-access-dan-website-ptar-universitas-teknologi-mara-uitm-shah-alam-malaysia/
Catat Ulasan