Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina, UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bertajuk “10 Panduan Asas Beli Rumah” di bawah segmen Bicara Buku. Program ini telah dikendalikan oleh Pn. Nurul Farihah Sarmin Panut, Pustakawan Kanan, selaku moderator bersama dengan panel jemputan iaitu  Sr. Ts Siti Hafsah Zulkarnain Pensyarah Kanan, di Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) UiTM Shah Alam. Perkongsian ilmu pada kali ini mengupas dengan lebih lanjut mengenai sebuah buku bertajuk “10 Panduan Asas Beli Rumah” yang ditulis oleh Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain, bersama Dr. Irini Ibrahim, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Undang-Undang UiTM dan Pn. Alice Rozianne, peguambela dan peguamcara di Alice Rozianne, Azhar & Co. Buku yang ringkas dan padat ini disasarkan kepada golongan pembeli rumah pertama atau pembaca yang ingin mendapatkan maklumat dan perkongsian mengenai pengalaman membeli rumah dengan cara yang betul. Melalui buku ini, pembaca akan dihidangkan dengan 10 panduan asas beli rumah seperti sebab-sebab membeli rumah, pilihan jenis harta tanah kediaman, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membeli rumah, syarat kelayakan pinjaman perumahan, istilah-istilah asas dan langkah-langkah asas membeli rumah. Selain itu, pembaca juga berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai pembelian harta tanah kediaman jenis lelong dan percukaian yang terlibat bagi memiliki rumah kediaman. Panel juga berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pensyarah di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam dalam memupuk amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan harian. Panel turut berkongsikan pengalaman beliau dalam menerapkan budaya membaca dikalangan ahli keluarganya. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada segenap golongan masyarakat terutamanya dari segi perancangan pembelian rumah.

 

Siaran ulangan boleh dilihat di pautan:


Youtube Perpustakaan UiTM Channel: 

https://www.youtube.com/watch?v=vQh6qFrbkqg

FB Perpustakaan UiTM: 

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159477900932625/

 






Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama