Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bertajuk "The Changing Landscape in Higher Education" di bawah segmen Bicara Tokoh. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Jamalludin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, selaku moderator bersama dengan panel jemputan Prof. Sr. Ir. Dr. Haji Suhaimi Abd Talib, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Sesi perkongsian ilmu ini dimulakan dengan penjelasan mengenai satu perubahan besar yang pernah berlaku pada tahun 1990, ekoran daripada runtuhnya Tembok Berlin pada penghujung tahun 1989. Selepas runtuhan tersebut, pola politik di peringkat global berubah dan membawa kepada situasi yang dinamakan sebagai VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity Ambigious). Di Malaysia, terdapat beberapa peringkat perubahan bermula dari tahun 2015 sehingga 2020 yang dilihat sebagai situasi VUCA dalam institusi pengajian tinggi dan memerlukan pendekatan norma baharu untuk terus maju ke hadapan.

Menurut Prof. Sr. Ir. Dr. Haji Suhaimi Abd Talib, terdapat empat cabaran utama yang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi. Pertama, kehadiran para pelajar yang lahir selepas tahun 2000 merupakan generasi berteknologi dan membesar dengan gajet dan media sosial.  Kedua, universiti tidak lagi memonopoli ilmu pengetahuan kerana ia boleh dicapai di hujung jari. Ketiga, kemungkinan universiti tidak lagi menjadi entiti yang memberi penganugerahan ijazah dan akhir sekali kewujudan Pandemik Covid19 yang mewujudkan suasana fleksibel, inovatif dan lebih bersedia dalam menghadapi masa depan.

Di samping itu, panel jemputan turut berbesar hati berkongsi maklumat mengenai Education 5.0 yang telah dirangka di peringkat UiTM. Ia amat penting dalam menyiapkan para pelajar menempuhi alam pekerjaan yang semakin mencabar.  Terdapat lima tunggak Education 5.0 iaitu penggubalan reka bentuk kurikulum yang relevan dan koheren, penggubalan assessment tools, memastikan kurikulum yang dirangka boleh disampaikan dalam learning environment yang bersesuaian, mempunyai inspiring educators, dan memastikan para pelajar mendapat pengalaman belajar yang baik. 

Program ini telah mendapat sebanyak 1,877 tontonan dan siaran ulangan boleh dilihat di pautan:


Youtube Perpustakaan UiTM Channel :

https://www.youtube.com/watch?v=-7FTois_rcQ

FB Perpustakaan UiTM :

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159529239677625/





Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama