New Arrivals@PTAR (Vol.18.2021)


Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti.

Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR di https://library.uitm.edu.my/en/publication/new-arrivals

Berita baik buat warga UiTM Sepanjang tempoh PKPB ini, pengguna boleh meminjam buku mengikut syarat dan tatacara yang ditetapkan. Untuk melihat tatacara Pinjaman buku bercetak, sila layari : http://qr.library.uitm.edu.my/SOPpinjamanbukupkp

Sekiranya terdapat pertanyaan pihak warga boleh menghubungi pihak PTAR melalui emel korporatptar@uitm.edu.my atau menggunakan aplikasi sembang maya (Chat with Librarian) - https://ptar.uitm.edu.my/libchat/  














Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama