10 Mac 2021 |Shah Alam


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung di bawah segmen Bicara Industri dengan tajuk "Pengurusan Kewangan dalam Norma Baharu". Program ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul Mohd Husin, Pustakawan Kanan PTAR selaku moderator bersama panel jemputan, Puan Mazni Mansor, Pengurus Financial Advisory BIMB. Sesi perkongsian secara santai ini memberi fokus kepada strategi pengurusan kewangan norma baharu iaitu semasa Pandemik Covid 19 ini terjadi. Beberapa impak terhadap Pandemik Covid 19 diperjelaskan agar masyarakat dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai situasi masa kini. Menurut Puan Mazni, ramai pekerja yang terjejas di mana mereka telah dibuang kerja dan tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, beliau berkongsi beberapa tips yang boleh membantu masyarakat menguruskan kewangan dengan lebih baik. Antaranya ialah membeli barang keperluan yang penting sahaja, menyemak semula perbelanjaan dan berjimat dari segi penggunaan elektrik dan air. Dalam masa yang sama, masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk membuat simpanan kecemasan atau pelaburan yang semestinya mendatangkan kebaikan pada masa akan datang. Terdapat dua jenis pelaburan yang tersedia iaitu secara lump sum dan invest regularly. Seterusnya, panel jemputan turut menyeru kepada masyarakat agar tidak melupakan hibah, wasiat atau faraid. Menurut beliau lagi, 60 billion asset masih dibekukan kerana ketiadaan hibah atau wasiat. Pendedahan serta maklumat mengenai penyimpanan, pelaburan, perlindungan serta hibah boleh diperoleh di mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran. Semoga perkongsian ilmu pada kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya warga UiTM. 






Siaran ulangan boleh dilihat di pautan:

 

Youtube Perpustakaan UiTM Channel: 

https://www.youtube.com/watch?v=EM40tYuDGqI

Facebook:

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159570085397625/

 

Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama