Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Bicara Pakar Bersama Profesor Dr. Normah Omar (Top Most Influential Women In Islamic Business & Finance). Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR selaku moderator program bersama panel jemputan, Profesor Dr. Normah Omar, Former Director & Senior Research Fellow Accounting Research Institute (ARI HICoE), UiTM Shah Alam. Perkongsian topik pada sesi bual bicara kali ini dimulakan dengan pengenalan kepada biodata panel jemputan, yang merangkumi pelbagai anugerah dan pencapaian dari dalam dan luar negara. Seterusnya, panel jemputan berkongsi pengalaman mengenai perkembangan bidang kepakaran beliau iaitu Islamic financial criminology di UiTM sehingga tertubuhnya kumpulan penyelidik UiTM. Menurut Profesor Dr. Normah Omar, bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai Islamic financial criminology, beberapa sesi lawatan ke pelbagai agensi yang berkaitan dengan kewangan islam dan financial criminology telah dijalankan untuk mendapat maklum balas dan masalah yang perlu diselesaikan.

Di samping itu, beliau turut berkongsi projek-projek dalam bidang ini yang telah mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat global. Pada tahun 2017, beliau telah dijemput menyertai sebuah forum di Oxford University bagi berkongsi maklumat mengenai “Business Fights Poverty”. Salah satu projek adalah berkaitan dengan Microfinance yang melibatkan golongan ibu tunggal di beberapa buah kampung seperti di Tanjung Karang, Paka dan Kuala Terengganu. Peserta telah diberi pinjaman kewangan dalam jumlah yang kecil oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, seterusnya dihubungkan dengan Mydin Holding yang membantu menyediakan bahan mentah dengan harga yang murah.

Pada masa yang akan datang, beliau berharap agar para penyelidik mengetengahkan konsep-konsep Islam supaya dapat mengikis perasaan Islamophobia. Ia secara tidak langsung dapat menunjukkan Islam bukanlah satu agama yang agresif namun ia adalah salah satu cara hidup (way of life). Justeru, tenaga pakar di UiTM haruslah bekerjasama untuk membantu kerajaan Malaysia membendung Islamophobia ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, khususnya warga UiTM. 







Siaran ulangan boleh ditonton di:

Youtube Perpustakaan UiTM Channel:

https://www.youtube.com/watch?v=hByn1bnTqf0


Facebook Rasmi PTAR:

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159586895957625/

 

Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama