Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah menganjurkan sebuah kursus bertajuk “Refresher Course for Liaison Officer 2021” yang disertai oleh Pegawai Perhubungan Perpustakaan (Pustakawan/Pustakawan Kanan). Kursus yang diadakan sebanyak 3 siri mengikut zon ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Perpustakaan, memberi penerangan mengenai perancangan aktiviti Library Outreach yang akan dijalankan sepanjang tahun 2021 serta perkongsian maklumat mengenai Modul Library Outreach@PTAR. Siri 1 kursus melibatkan daripada Zon 1 iaitu UiTM Shah Alam, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada 4 Mac 2021. Siri 2 melibatkan peserta daripada Zon 2 iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 17 Mac 2021, manakala Siri 3 melibatkan peserta daripada Zon 3 iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak pada 23 Mac 2021.
Setiap sesi kursus dimulakan dengan penerangan tugas dan tanggungjawab Liaison Officer PTAR oleh Puan Adlina binti Abdullah, Pustakawan Kanan, diikuti Modul LOP100 Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan menggunakan Sistem WILS oleh Puan Siti Aishah binti Sadan, Pustakawan Kanan, Modul LOP101 Repositori Universiti (Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM/Pemilikan Bahan Silibus & PTAR Public Repository oleh Puan Eza Eliana binti A Wahid, Pustakawan Kanan dan Puan Asmah binti Sabtu, Pustakawan Kanan. Modul 102 Pengurusan Rekod Universiti telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak Bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan. Seterusnya, Modul 103 Sokongan Penyelidikan oleh Puan Siti Rohayu binti Mohamad Yusof, Pustakawan Kanan dan En. Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan. Modul terakhir ialah Modul 104 Perpustakaan Digital PTAR/Perkhidmatan dan kemudahan oleh Tn. Hj. Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan.
Slot yang terakhir adalah sesi perbincangan dan
mesyuarat Pegawai Perhubungan Perpustakaan. Dalam slot ini, para peserta
berpeluang untuk berkongsi pendapat serta memberikan maklum balas berkaitan
dengan input kursus dan sebagainya. Perkongsian dalam kursus ini diharap mampu
menambah kemahiran dalam setiap modul yang perlu disampaikan kepada warga
fakulti.
Catat Ulasan