Library Outreach@PTAR

Oleh: Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan 

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah menganjurkan Program Library Outreach@PTAR, di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka secara atas talian pada 22 April 2021 , dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program tersebut disertai oleh 37 orang Staf Akademik dan 6 orang penceramah dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program Library Outreach@PTAR ini dianjurkan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Perpustakaan, memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan kepada warga Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka  Antara aktiviti menarik Program Library Outreach @PTAR  adalah  Penerangan  Program library Outreach , PTAR Intellectual Discourse , Jom Baca 10 Minit dan juga Pameran ebook secara maya.

Aktiviti Program dimulakan dengan penerangan dan pendedahan ringkas tentang Program Library Outreach@PTAR yang disampaikan oleh Puan Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan. Seterusnya, diikuti dengan program PTAR Intellectual Discourse yang merupakan taklimat perpustakaan berdasarkan 5 Modul Library Outreach.  Modul LOP 100: Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan menggunakan Sistem WILS oleh Puan Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan,  Modul LOP 100 ini disertai juga dengan demonstrasi cadangan pembelian buku menggunakan system WILS-melalui OPAC, Puan Adlina, selaku Pegawai Perhubungan Perpustakaan bagi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka juga turut memberi taklimat PTAR Intellectual Discourse, LOP101 Repositori Universiti (Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM/Pemilikan Bahan Silibus & PTAR Public Repository. Modul 102 Pengurusan Rekod Universiti telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak Bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan. Seterusnya, Modul 103 Sokongan Penyelidikan oleh Encik Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan. Modul terakhir iaitu Modul LOP104: Perpustakaan Digital PTAR/Perkhidmatan dan Kemudahan oleh Tuan. Hj. Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan.

Para peserta turut disajikan dengan Pameran eBook Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka secara maya. Peserta boleh memuat turun ebook pilihan yang dipamerkan. Para peserta juga turut berpeluang menyertai Program Jom Baca 10 minit. Para peserta dilihat menyokong program Jom baca  yang diadakan di seluruh IPTA Malaysia tepat. jam 11 pagi. Program jom bca 10 minit adalah antara program galakan membaca yang dianjurkan.

Antara maklumbalas yang diterima sepanjang Program Library Outreach@PTAR ini berlangsung  adalah Pihak fakulti menerima baik Program Llibrary Outreach@PTAR  yang dianjurkan. Peserta mencadangkan supaya penerangan secara face to face atau bengkel dijalankan susulan dari program Library Outreach, Ia adalah bertujuan supaya penerangan tentang perkhidmatan perpustakaan lebih terperinci dan jelas.  Dokumentasi Pameran eBook juga perlu diadakan secara maya atau secara fizikal. Peserta juga memerlukan senarai koordinator PRISMA sebagai rujukan.

Program Library Outreach ini diharap bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UITM, malah dapat meningkatkan penggunan perkhidmatan digital perpustakaan  di kalangan warga fakulti.

 

Live Demo : LOP100: Cadangan pembelian buku menggunakan system WILS


LOP101: Repositori Universiti (Dasar penyerahan Harta Intelek/ Pemilikan Silibus)


LOP103: Sokongan Penyelidikan


Program Jom baca 10 Minit

LOP102: Pengurusan Rekod Universiti


LOP 104: Perpustakaan Digital PTAR/Perkhidmatan dan Kemudahan




Like and follow us:











Post a Comment

Terbaru Lebih lama