31
Mei 2021 l Shah Alam
Perpustakaan Tun
Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Pendedahan
Penulisan Akademik Siri 1 pada 31 Mei 2021 secara atas talian menggunakan
platform Webex. Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Safawi bin
Abdul Rahman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Perhubungan Industri, Fakulti
Pengurusan Maklumat, UiTM dan dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada staf
Pengurusan dan Profesional (P&P) Shah Alam dan cawangan. Antara objektif
penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai penulisan
akademik kepada Pustakawan, dan memberi pengetahuan serta tips penerbitan penulisan
akademik. Prof. Madya Dr. Safawi turut berkongsi maklumat mengenai
langkah-langkah menghasilkan penulisan dengan membuat latihan secara ‘hands-on’.
Selain itu, beliau turut berkongsi proses ‘translating’ dan ’editing’
menggunakan Microsoft Word. Semoga
perkongsian ini dapat membantu warga PTAR dalam memperkasakan bidang penulisan.
Catat Ulasan