Pada 13 Oktober 2022 (Khamis), PTAR telah menerima seramai 7 orang delegasi terdiri daripada Professor dan Pegawai dari Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Intan Lampung, Indonesia yang diketuai oleh Prof. Dr. Tulus Suryanto (Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam). Delegasi ini diiringi oleh pihak Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) ke PTAR.

Delegasi ini telah disambut oleh Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) serta staf perpustakaan.






Mereka telah dibawa melawat persekitaran PTAR termasuk Happy Learning Space, Research Writing Room, e-Resources Zone, e-Games dan 24 hour Reading Room. Mereka tertarik dengan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh PTAR untuk warga UiTM.


PTAR dan delegasi ini juga sempat berkongsi dan bertukar pandangan dalam menambahbaik perkhidmatan di tempat masing-masing. Diharap dengan lawatan ini, kedua-dua pihak dapat menjalinkan kerjasama pada masa akan datang.

#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall

Post a Comment

Terbaru Lebih lama