3 November 2022 (Khamis) telah berlangsungnya National Geomatics/Geoinformatics Student Innovation Competition 2022 (10th NGGSIC) dengan jayanya. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan secara usahasama diantara Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPT & IPTS) seluruh Malaysia.


Pada tahun ini, UiTM Shah Alam telah diberi peluang dan kepercayaan oleh RISM untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran NGGSIC kali ke-10 bagi tahun 2022. Perpustakaan UiTM sangat berbesar hati kerana buat julung kalinya dapat menjadi rakan strategik dalam penganjuran program peringkat kebangsaan ini serta memilih Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam sebagai lokasi penganjuran kali ini.




Program ini telah dihadiri seramai 369 orang pengunjung yang terdiri daripada peserta, pempamer dan pelajar sekolah termasuk urusetia program. Penyertaan bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah dari:

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Cawangan Shah Alam

2. Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Cawangan Arau, Perlis

3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Cawangan Skudai, Johor

4. Politeknik Kuching Sarawak

5. Politeknik Merlimau Melaka

6. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

7. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

8. Politeknik Ungku Omar





Majlis perasmian dan penutup NGGSIC 2022 ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Sr. Dainna Baharuddin, Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut hadir, wakil pengurusan PTAR iaitu Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Datuk Sr. Haji Johari Wahab (Timbalan Presiden Geomatics and Land Surveying Division, Royal Institution of Surveyors Malaysia) dan Professor Madya Sr. Ts. Dr. Saiful Aman Hj Sulaiman (Penasihat NGGSIC 2022 / Ketua Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik Kolej Alam Bina, UiTM Shah Alam).


Perpustakaan UiTM berhasrat untuk terus menjadi pusat dan lokasi terbaik kepada pelbagai pihak bagi penganjuran program berbentuk kolaborasi ini yang boleh memberi bermanfaat terutama kepada pelajar. PTAR sentiasa mengalu-alukan fakulti dan komuniti luar untuk menjalin kerjasama strategik bagi kepentingan warga UiTM  dan seterusnya membudayakan Library as a place for Community Engagement.

#uitm

#uitmdihatiku

#libraryforall

#NGGSIC

Post a Comment

Terbaru Lebih lama