Pada 20 Disember 2022 (Selasa), majlis Perasmian Library Open Day 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman.

Majlis ini telah diadakan pada sebelah petang yang dihadiri oleh Puan Hani Liza binti Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan merangkap Pengerusi Library Open Day 2022 dan Pengerusi Bersama iaitu Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan serta ketua-ketua jabatan yang turut bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Perasmian ini bermula dengan ucapan aluan Pengerusi Library Open Day 2022 dan disusuli dengan ucapan Ketua Pustakawan UiTM yang seterusnya merasmikan Library Open Day 2022 ini. Perasmian ini juga diselitkan dengan perasmian simbolik dan persembahan montaj.



Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap Library Open Day ini akan dapat diadakan secara tahunan bagi mendekatkan lagi perpustakaan dengan pelanggan perpustakaan, disamping memperkenalkan pekhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama