Alhamdulillah, selepas menandatangani memorandum kerjasama (MOC) dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) pada 12 Disember 2022 yang lalu, ia tidak terhenti di situ.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyumbang buku terbitan UiTM kepada perpustakaan di sana. Sejumlah 68 naskhah telah disumbangkan dari pelbagai subjek seperti kesihatan, pelancongan, kaedah penyelidikan dan bahasa untuk kegunaan pengguna perpustakaan di sana.
Pihak kami berharap dengan sumbangan ini, bahan-bahan tersebut dapat digunakan dan dijadikan rujukan para akademik dan pengguna Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia.
Diharap kerjasama ini dapat diteruskan dengan pelbagai lagi program-program bagi meningkatkan lagi dunia kepustakawanan.
Sumber gambar dari Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia.
Catat Ulasan