Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menerima dua (2) orang pelajar Latihan Industri dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah bermula dari 13 Februari 2023 sehingga 24 Mac 2023.

PTAR amat berbesar hati kerana telah memilih PTAR sebagai organisasi untuk menimba ilmu dan pengetahuan serta mendapat pengalaman sebenar di organisasi yang dipilih.

Cik Hazizah binti Hassan

Cik Filzah Izzny binti Firdaus

Penyerahan sijil kepada pelajar ini telah disempurnakan oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan) yang turut disertai oleh Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan), selaku ketua Unit Pembangunan Bakat, PTAR.
Ucapan terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada Cik Filzah Izzny binti Firdaus dan Cik Hazizah binti Hassan (OKU Pendengaran), program Diploma Pengurusan Maklumat yang telah mengikuti latihan industri di PTAR dan telah berakhir pada 24 Mac 2023 yang lalu.
Diharap segala ilmu, pengalaman, tugasan dan pembelajaran yang telah dipelajari dari PTAR dapat membantu dan dipraktikkan di masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama