Selasa | 16 Mei 2023 – PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM iaitu YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose di pejabat beliau di Bangunan Canseleri.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan YBrs. Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hi. Jantan yang turut ditemani oleh Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli dan Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad. 


Pertemuan ini bagi melaporkan perkembangan, pencapaian dan perancangan terkini PTAR. PTAR juga berhasrat untuk mengundang YBhg. Prof. ke program bual bicara Live@PTAR.

#uitmdihatiku

#libraryforall

#kunjunganhormat


Post a Comment

Terbaru Lebih lama