PTAR amat berbesar hati dengan kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, Prof. Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Encik Ak Ashaari Bin Ak Yussof, Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar yang telah sudi singgah dan bergambar di reruai PTAR.

Terima kasih juga diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope, Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang sudi melawat ke reruai PTAR dan sempat bertanyakan mengenai hal ehwal PTAR. Beliau disambut oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan/ Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Timbalan Ketua Pengarah dari Perpustakaan Negara Malaysia yang singgah ke reruai PTAR bersama-sama Prof. Madya Dr. Mad Khir Johari bin Abdullah Sani, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Media (Pengajian Sains Maklumat).

Jumpa lagi pada event akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama