PTAR amat berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM ke PTAR pada jam 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR. Beliau mengadakan lawatan ke semua PTJ di bawah seliaan beliau.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan penyelesaian oleh Naib Canselor berkaitan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh staf atau PTJ di bawah seliaan beliau, disamping perbincangan bagi meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.




Lawatan ini telah disambut oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan berserta pengurusan kanan perpustakaan bagi mengalu-alukan kedatangan YBhg. Datuk Naib Canselor ke PTAR.


Turut hadir adalah sesi lawatan ini adalah :
- Dr Wan Ismahanini Ismail (Timbalan Pendaftar Kanan - Pejabat Naib Canselor),
- Encik Irwin Shah Sulaiman (penolong Pendaftar Kanan - Pejabat Naib Canselor),
- Encik Mohd Yuzi Zali (Pegawai Kanan ICT - Pejabat Naib Canselor)
- Encik Mohd Yusof Mustaffar (Pegawai Khas YBhg. Datuk NC)
- Encik Zainudin Rebin (Ketua Seksyen Jurutera Kanan Mekanikal - Bahagian Pengurusan Fasiliti)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama