Mesyuarat Bahan Rujukan Bidang Sains Aktuari KPPIM bersama PTAR telah diadakan pada 15 Jun 2023 di Bilik Kaspersky, Bangunan CS1, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) yang telah dihadiri oleh Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan - Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti) dan Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan - Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan).

Antara perkara yang dibincangkan adalah penempatan koleksi bahan perpustakaan bagi program Sains Aktuari di Pusat Sumber Sains Aktuari (Actuarial Resource Centre) yang kini masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap dalam tempoh 2 bulan.
Pihak KPPIM memaklumkan anggaran seramai 600 hingga 700 orang pelajar yang akan menggunakan bahan perpustakaan ini. Pihak PTAR menyediakan perkhidmatan bulk loan sehingga tempoh 6 bulan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran kolej pengajian.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama