Seramai 89 orang pelajar tahun akhir UiTM telah hadir bagi memenuhi Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.


Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, YBrs. Encik Kamal bin Pardi. Turut hadir adalah Puan Rohaiza binti Che Ha’a - Penolong Pengarah Kanan, JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan, Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Encik Ahmad Faisal bin Mohamed Fiah - Presiden MITASA (Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM) dan Tuan Haji Zulkifli bin Mohamad - Presiden KKUUiTM (Kesatuan Kakitangan Umum UiTM).


Slot pertama telah disampaikan oleh Puan Nur Famieza binti Roswady - Pegawai Kesatuan Sekerja, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan. Beliau telah berkongsi maklumat mengenai kepentingan berkesatuan apabila para graduan ke alam pekerjaan kelak.


Slot kedua dari PTAR pula telah disampaikan oleh Encik Ahamad Zuber bin Mohamed bagi menerangkan mengenai MobileApps PTAR. Dikesempatan ini, para pelajar juga diminta untuk mengisi Kajian Profil Membaca UiTM bagi melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca warga UiTM.


Slot ketiga iaitu dari Encik Matkar bin Siwang, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkilangan Perusahaan Makanan juga berkongsi pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perusahaan makanan serta isu-isu yang dihadapi berkaitan berkesatuan.







Diharap dari program ini, para graduan dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai berkesatuan dan kepentingannya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama