Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Program Jerayawara Buku “Baca” bagi mewujudkan pembudayaan ilmu dan pengetahuan kepada semua warga kerja seluruh Negeri Selangor.

PTAR juga telah dijemput ke Bicara Buku “Baca” dan telah dihadiri oleh Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan), Puan Hanani binti Rojikin (Pustakawan Kanan), Puan Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan) dan Puan Norazlin binti Mohd Yusof (Pustakawan Kanan) yang telah diadakan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor pada 20 Julai 2023.



Penerbitan buku ‘Baca’ ini adalah kolaborasi PPM dan Sekretariat KLWBC 2020, sempena Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) 2020. Buku yang bersifat umum dan santai namun tetap berinformasi ini diharap dapat dimanfaatkan serta diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, lokasi geografi dan latar belakang pelajaran.



PTAR turut mengambil peluang ini dengan mempromosikan keahlian luar perpustakaan kepada sesiapa yang berminat.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama