PTAR telah menganjurkan kursus Speed Reading yang telah disertai oleh staf perpustakaan termasuk perpustakaan cawangan yang telah diadakan di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam.
Kursus ini telah dibahagikan mengikut beberapa sesi iaitu Pengenalan Speed Reading, Meneroka dan Membangunkan Asas Kemahiran Speed Reading dan Mempelajari Teknik-Teknik Speed Reading serta perkongsian strategi untuk pemantapan pelaksanaan program Speed Reading.



Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Puan Azura Mohamad binti Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan). Ia turut dibantu oleh Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan).














Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah menyertai kursus ini. Diharap dengan kursus ini, Speed Reading ini dapat dijalankan di semua perpustakaan cawangan dengan lebih berkesan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama