PTAR berbesar hati menyambut kehadiran Puan Nurulhusna binti Yem, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Klang ke PTAR.
Lawatan ini merupakan perbincangan awal bagi program dan kolaborasi yang bersesuaian antara Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan PTAR. Antara yang dibincangkan adalah mengenai literasi maklumat, pendigitalan dan kepakaran dari PTAR yang boleh dikongsi bersama.
Diharap kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan PTAR dapat direalisasikan.
Catat Ulasan