21 Jamadil Akhir 1445H | 3 Januari 2024 (Rabu)

Ahlaan wa sahlaan Datuk ke PTAR!

Kunjungan Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc pada pagi ini amat bermakna. Kunjungan ini telah disambut oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) bersama-sama dengan Pengurusan Eksekutif PTAR.


PTAR
amat berbesar hati kerana merupakan PTJ UiTM pertama yang tersenarai untuk dilawati oleh Naib Canselor. Alhamdulillah, Datuk banyak memberikan sokongan dan menegaskan perpustakaan tetap relevan walaupun pembelajaran dan bahan kini dalam bentuk digital. Perpustakaan juga merupakan nadi pembudayaan ilmu terutamanya kepada semua warga UiTM dan komuniti sekitarnya.






Konsep pendigitalan perpustakaan perlu ada elemen interaksi yang melibatkan semua pancaindera agar ilmu yang disampaikan lebih didalami, difahami dan dijiwai oleh setiap lapisan masyarakat. Perpustakaan perlu radikal, praktikal dan fleksibel serta menerapkan eleman “Personalized Learning Nertwork” bukan sahaja kepada pelajar/warga UiTM malah kepada komuniti sekitar (yang terdiri daripada pelajar IPT dan sekolah).







Perpustakaan merupakan tempat yang perlu dihadiri dan dijiwai secara fizikal mahupun secara maya. Perpustakaan akan sentiasa menambahbaik perkhidmatan dan kemudahan yang boleh digunakan oleh warga UiTM dan komuniti sekitarnya.
Dikesempatan tahun baharu ini, PTAR juga membuat cadangan penjenamaan semula 'tagline' perpustakaan supaya ia kekal relevan dan Datuk Naib Canselor bersetuju dengan cadangan 'tagline' Perpustakaan UiTM yang baharu.
Dikesempatan kunjungan ini juga, Ts. Hj. Azizi telah membawa Datuk Naib Canselor melawat ke Koleksi Jawi @ UiTM yang sedang dibangunkan oleh PTAR sebagai salah satu inisiatif dalam memartabatkan tulisan jawi. Pengumpulan koleksi jawi ini telah diuar-uarkan kepada semua warga UiTM sekiranya ingin mewakafkan koleksi tersebut ke PTAR.







PTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Naib Canselor diatas kesudian meluangkan masa berkunjung ke PTAR.

Surah Al-Alaq, ayat 3-5 :
ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ (3) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ (4) عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)
"(3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. (4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. (5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Post a Comment

Terbaru Lebih lama