26 Januari 2024 | 14 Rejab 1445H

PTAR amat berbesar hati kerana telah disambut baik oleh pihak PPD Klang pada hari ini. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) telah mewakili PTAR bagi tujuan menjalinkan jaringan kolaborasi bersama PPD Klang.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Klang yang telah bersama-sama dalam perbincangan ini, iaitu Puan Sa’adah binti Kasiran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Klang dan Unit Sumber & Teknologi Pendidikan iaitu:
1. Encik Rosli bin Kamari
2. Puan Nurulhusna binti Yem
3. Puan Zuraini binti Zakaria
4. Encik Mohd Asraf bin Md. Ishak






Antara intipati perbincangan kolaborasi antara PTAR UiTM dan PPD Klang berkenaan program yang akan melibatkan para guru dan pelajar sekolah daerah Klang adalah :
- Program Speed Reading
- Searching Technique (Literasi Maklumat)
- Bicara buku
- Pembudayaan Ilmu (budaya membaca)
- Kepakaran Artificial Intelligent
- Perpustakaan digital
- Program Nilam
Disamping itu, PTAR juga amat mengalu-alukan lawatan pelajar sekolah ke perpustakaan sebagai satu langkah memperkenalkan perpustakaan akademik kepada pelajar sekolah dan pada masa yang sama, ia mendekatkan lagi hubungan antara komuniti luar dan perpustakaan dengan mengadakan program-program yang bersesuaian.

Diharap program-program yang akan diadakan memberi impak kepada komuniti setempat dalam usaha pembudayaan ilmu melalui perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama