27 Februari 2024 | 17 Syaaban 1445H
Satu perbincangan dengan Pengarah KoKurikulum UiTM, YBrs Prof Madya Dr. Azman Yahaya telah diadakan pada 27 Feb 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Shah Alam.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai bahan Harta intelek Jabatan untuk diserahkan kepada Perpustakaan seperti pakaian Kesatria, Dokumen Bersejarah dari Pusat KoKurikulum. Dokumen ini akan disimpan di eGalleri Tun Abdul Razak, IR UiTM, Hari ini dalam sejarah dan Memori Korporat.
PTAR telah diwakili oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) dan Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
Catat Ulasan