14 Februari 2024 | 4 Syaaban 1445H
Perpustakaan Dar Al-Hikmah, UIAM ke Jabatan Arkib Universiti (JAU)
Lawatan ini diketuai oleh Puan Yusrina binti Abu Bakar, Ketua Pustakawan Perpustakaan Dar Al-Hikmah, UIAM beserta 25 orang staf profesional dan sokongan bagi mengetahui dan mempelajari aktiviti Pembaikian dan Penjilidan Buku (Book Repair and Binding) dan Penjagaan Koleksi dari masalah kulat dan perosak buku (Fungus cleaning and pest).
PTAR diketuai oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan). Turut serta adalah Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Puan Noor Hayati binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ts. Hj. Azizi dan ucapan balas dari Puan Yusrina. Ia diikuti dengan taklimat dari JAU yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul Nizam bin Abdul Rahman (Pustakawan). Kemudian, para pelawat dibawa melihat persekitaran dan aktiviti yang dijalankan di JAU.
Selesai lawatan di JAU, para pelawat berkesempatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi melawat persekitaran dan perkhidmatan yang terdapat di PTAR. Mereka juga berpeluang melihat koleksi jawi di PTAR yang sedang dibangunkan. Disamping itu, pertukaran pendapat dan idea antara kedua-dua perpustakaan amat dihargai bagi menambahbaik pengurusan perpustakaan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sudi melawat ke PTAR. Jumpa lagi!
Catat Ulasan