13 Februari 2024 | 3 Syaaban 1445H

PPD Klang Berbengkel di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.
Sekali lagi Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD Klang) telah berkunjung dan menggunakan kemudahan di PTAR UiTM Shah Alam. Seramai 23 orang guru Daerah Klang yang telah menyertai Bengkel Pelan Strategik Organisasi Induk dan Unit-Unit Sektor Pembelajaran PPD Klang 2024 ini dan telah diadakan di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam.


PTAR diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan perkembangan terkini mengenai perpustakaan yang telah disampaikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan).

Antara perkongsian yang sempat dikongsi adalah mengenai hala tuju perpustakaan, peranan pustakawan dan pembangunan sistem serta koleksi secara atas talian yang boleh dirujuk oleh pihak luar.

Guru-guru ini juga dibawa melawat persekitaran dan perkhidmatan yang tersedia di PTAR.







Terima kasih kerana telah memilih dan menggunakan ruang di PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama