7 Februari 2024 | 26 Rejab 1445H

PTAR berpeluang menyertai Reruai Pameran sempena Karnival Pembudayaan Inovatif dan Semarak Kecemerlangan Akademik 2023 (K-PISCA 2023) yang berlangsung selama 2 hari bemula 6 Februari 2024 bertempat di Centromall Klang anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD Klang).

Terima kasih diucapkan kepada staf PTAR yang telah bertugas selama 2 hari iaitu Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan), Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan), Encik Mohd Hazri bin Abdul Karim (Pembantu Pustakawan) dan Puan Reza Edwana binti Mokhtar (Pembantu Pustakawan).


Dikesempatan ini juga, PTAR telah menerima sijil penghargaan dari PPD Klang atas sumbangan sebagai rakan strategik dalam Penjurian Anugerah NILAM Daerah Klang tahun 2023 yang telah diadakan pada 5 - 9 September 2023 yang lalu.

Sijil ini telah disampaikan oleh Puan Sa’adah binti Kasiran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Klang, turut diiringi adalah Puan Nurulhusna binti Yem. Puan Zuhaslinda telah menerima sijil penghargaan tersebut sebagai wakil PTAR.

Diharap kerjasama dan penyertaan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mengukuhkan jalinan kerjasama sebagai rakan strategik.





Post a Comment

Terbaru Lebih lama