2 Februari 2024 | 21 Rejab 1445H

Satu perbincangan telah diadakan diantara PTAR dan HEP, UiTM yang telah hadiri oleh Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM dan Encik Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim (Timbalan Pendaftar Kanan).
Turut hadir dari PTAR adalah Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan), Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).

Antara intipati perbincangan adalah :
1. Orientasi pelajar baharu secara fizikal di PTAR pada Minggu Destini Siswa (MDS) (Sesi Mac 2024)
2. Program Pembentukan Ilmu
3. Sukarelawan/Felo di kalangan pelajar dalam aktiviti PTAR
4. Penglibatan Program Kerjaya Graduan



Diharap perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping dapat memberikan impak dan ilmu terutamanya kepada pelajar UiTM dengan program dan aktiviti yang akan diadakan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama