13 Mac 2024 | 2 Ramadan 1445H

Satu Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam yang telah dihadiri oleh wakil dari Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Jabatan Arkib Universiti, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur, Pejabat Naib Canselor dan Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU).

Objektif bengkel adalah bagi membincangkan hala tuju dan ketetapan Sistem Rekod Digital UiTM yang akan digunapakai oleh warga UiTM. Bengkel ini diadakan setelah satu pertemuan bersama wakil Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur yang telah diadakan pada 28 Februari 2024 yang lalu.



Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan). Bengkel ini diteruskan dengan Sesi 1 yang disampaikan oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Jabatan Arkib Universiti) mengenai Pengurusan Rekod, Kronologi Digital Document Management System (DDMS), keperluan sistem rekod digital dan berkaitan dengan garis panduan/pekeliling.


Sesi 2 pula disampaikan oleh Encik Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan) dari Pejabat Naib Canselor berkaitan sistem DMS UiTM. Perbincangan Sistem Rekod Digital UiTM (DMS 2.0) diteruskan dengan perbincangan bersama wakil yang hadir bagi muktamadkan platform yang akan digunapakai dan perancangan serta halatuju sistem yang akan diguna oleh warga UiTM.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil yang hadir iaitu:
Perpustakaan Tun Abdul Razak:
1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan)
2. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
3. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
4. Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan)
5. Puan Noor Hayati binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan)
6. Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan)
7. Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan)
8. Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman (Pustakawan Kanan)
9. Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed (Pustakawan)

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur:
1. Encik Mohd Hairy bin Mohammadiah (Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan)
2. Encik Mohd Khanafi bin Haron (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Unit))
3. Puan Norelissuryani binti Mokhtar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Seksyen))

Pejabat Naib Canselor:
1. Encik Irwin Shah bin Sulaiman (Penolong Pendaftar Kanan)
2. Encik Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan)

Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU):
1. Puan Adlin Na'qiah binti Sabar@Sabal, CHRM,MMIHRM (Timb. Pendaftar Kanan)

Terima kasih diatas kerjasama kepada semua wakil yang hadir dan perkongsian ilmu dari setiap sesi yang diadakan.










Post a Comment

Terbaru Lebih lama