13 Mac 2024 | 2 Ramadan 1445H
Penerbit UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah menjalankan program siaran langsung Book Talk with Author : Mari Mengenali Logo : 3 Langkah Mudah Menghasilkan Logo Berimpak bertempat di Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR UiTM Shah Alam.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada panel kita iaitu Profesor Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani (Kolej Pengajian Seni Kreatif) dan Encik Asrul Nizuan Ariffin (Pereka Grafik Profesional), penulis buku Mari Mengenali Logo : 3 Langkah Mudah Menghasilkan Logo Berimpak.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan), selaku moderator bagi program kali ini.
Untuk melihat semula rakaman ini, boleh layari Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=x7BLp3LAifI
Terima kasih kepada semua penonton atas talian yang telah bersama-sama mengikuti rakaman siaran langsung ini. Sokongan anda semua amat kami hargai!
Catat Ulasan