21 Mac 2024 | 10 Ramadan 1445H

Satu perbincangan telah diadakan antara PTAR dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru, Klang bertempat di sekolah berkenaan. PTAR telah diwakili oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).

PTAR telah disambut oleh Guru Besar SK Sungai Binjai, iaitu Encik Mohd Arif bin Ab. Muis beserta Puan Hajah Nor Azizah binti Mohd Noh (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Suraya binti Mohd Tap (Guru Perpustakaan dan Media) dan Puan Norhalizah binti Mohamed Hassim (Penyelaras Nilam).





Antara perbincangan utama dalam pertemuan ini adalah mengenai inisiatif pembangunan sistem nilam sekolah bagi tujuan menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan guru dengan mendapatkan kepakaran pustakawan dalam aspek pendigitalan.

Selain itu, kepentingan sistem ini juga dapat membantu sekolah dari aspek:
1. Penyediaan laporan
2. Pengaksesan di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa
3. Analisa pembacaan di kalangan warga sekolah
4. Repositori pembacaan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6
5. Serta menyahut saranan pendigitalan

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama yang sangat baik serta diharap kolaborasi ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan.



Post a Comment

Terbaru Lebih lama